Bismillahirrohmaanirrohiim

`AQIDAH SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Dewasa ini ramai di kalangan masyarakat Islam di negeri ini menyesampingkan pembelajaran ilmu aqidah yang sahih sebaliknya dan mengutamakan pembelajaran ilmu-ilmu lain yang ternyata tidak mampu mendidik jiwa manusia kepada ma`rifatullah (mengenal Allah). Bahkan ramai di kalangan mereka ini telah disibukkan dengan jenis hambakan dunia yang kesemuanya itu tidak lain hanya merugikan hidup mereka di alam yang fana ini.

Alhamdulillah dengan taufiq dan hidayah daripada Allah subhanahu wata`ala, maka kami telah berhasil menyusun kitab matan yang dinamakan dengan “Al-Aqidah al-Mursyidah” ini. Kitab ini telah dibaca secara meluas di dalam wilayah jajahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi suatu ketika dahulu. Selama ini dimomokan tentang kehebatan Sultan Salahuddin al-Ayyubi dalam menawan semula tanah Palestin daripada cengkaman pihak Salibiyyah (tentera Salib), namun kita tidak pernah memikirkan tentang aqidah yang telah diperjuangkan oleh Sultan tersebut, sedangkan kemenangan baginda dalam menakluk kembali wilayah Palestin tersebut adalah berpaksikan kepada aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ahaliran al-Asya`irah.

Maka, diharapkan kehadiran kitab ini akan mengembalikan semula roh aqidah Asya`irah di dalam jiwa-jiwa kita yang akhirnya akan dapat menjadikan kita seorang yang mengenal Allah dengan sebenar-sebenarnya serta menjauhi aqidah tasybih dan tajsim sebagaimana yang telah diperjuangkan oleh golongan Wahhabi. Semoga kitab ini bermanfaat untuk umat Islam seluruhnya. Aamiin.

SIAPAKAH SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI???

Sultan Solahuddin al-Ayyubi (532 H- W 589 H/ 1138-1193 M), yang dikenali sebagai Pahlawan Perang Salib. Nama lengkap baginda adalah Salahuddin Abu al-Muzhaffar Yusuf bin Ayyub bin Syadi dan menyandang gelaran al-Malik al-Nashir (Sang Raja Penolong). Kekuasaannya sangat luas, bermula dari daerah Tunis dan Barqah di daerah Barat benua Afrika, hingga ke sungai Eufrat di Timur dan dari Mousul dan Aleppo di Utara hingga ke Nubah dan Yaman di Selatan semenanjung Arabia. Kemenangan terbesar Sultan Solahuddin al-Ayyubi ialah di dalam perang Salib di mana pertempuran baginda dengan orang-orang Eropah di Palestin dan Pantai Syiria di dalam perang Hittin, yang diteruskan dengan perebutan kembali Tabariya, Aka, Yafa, Beirut dan penaklukan Qudus. 

Yusuf bin Ismail al-Nabhani (t.t.), Hujjatullah `ala al-`Alamin fi Mu`jizat Sayyid al-Mursalin, Beirut; Dar al-Fikr, h. 750 

Peranan Sultan Salahuddin al-Ayyubi dalam menyebarkan mazhab al-Asy`aari terletak pada beberapa kebijaksanaannya, seperti mendirikanbeberapa akademi wakaf (madrasah) dan meletakkan syarat kepada para pensyarah dan mahasiswa di sana mengikuti mazhab al-Asy`ari. 

Al-Maqrizi (t.t), al-Mawa`izh wa al-I`tibar, Beirut; Dar Shadir, h. 343.

Sultan Salahuddin al-Ayyubi juga mengarahkan pembelajaran kitab Hadaiq al-Fusul wa Jawahir al-Usul, risalah kecil yang berbentuk nazham yang di tulis oleh al-Imam Muhammad bin Hibbatullah al-Makki kepada kanak-kanak yang baru belajar agama di seluruh wilayah kekuasaaannya. Sehingga kitab akidah tersebut dikenali dengan “al-Akidah al-Salahiyyah” dengan tersemat pokok-pokok akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ahyang mengikut mazhab al-Asy`ari.

Baginda juga mengarahkan pembacaan kitab tersebut di atas menara-menara masjid di seluruh negeri yang dikuasainya ketika waktu menjelang subuh (sebelum masuk waktu subuh). Sehingga dengan kebijaksaan tersebut, Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya mengikis ideologi kebatinan Syiah Ismailiyah, yang sebelumnya ditanamkan oleh pemimpin Dinasti Fatimi di kalangan masyarakat Mesir selama beberapa abad sebelumnya.

Abdul Aziz al-Tha`alibi (1997), al-Risalah al-Muhammadiyyah, Damaskus; Dar Ibn Kathir, ed. Salih al-Kharfi, h. 140.

Kebijaksanaan Sultan Salahuddin al-Ayyubi di dalam menyebarkan mazhab al-Asy`ari tersebut, diteruskan oleh anak cucunya setelah mereka berkuasa. Kemudian pada masa raja-raja Atrak yang menjadi mawali (pemjaga) anak cucu Sultan Salahuddin al-Ayyubi, yang juga menyebarkan mazhab al-Asy`ari dan memiliki hubungan yang erat dengan para ulama’ mazhab al-Asy`ari. 

Al-Maqrizi (t.t), al-Mawa`izh wa al-I`tibar, Dar Shadir, Beirut, juz 2. h. 358.

Hubungan erat antara pemimpin Dinasti Salahi dengan para ulama’ mazhab al-Asy`ari tersebut ditandai dengan penulisan kitab-kitab akidah yang dipersembahkan kepada para pemimpin Dinasti Salahi. Misalnya al-Imam Quthbuddin Mas`ud al-Naisaburi yang telah menyusun kitab akidah untuk Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan al-Imam Fakhruddin al-Razi yang menyusun kitabnya yang masyhur, Asas al-Taqdis untuk Siltan al-`Adil Muhammad bin Ayyub bin Syadi, adik Sultan Salahuddin al-Ayyubi. 

Al-Zahabi (1994), Siyar A`lam al-Nubala, Beirut; Muassasah al-Risalah, ed. Syu`aib al-Arnauth, juz 22. h. 120. 

Hal yang lain juga dalam berperanan dominan dalam penyebaran mazhab al-Asy`ari adalah fakta sejarah yang menyatakan bahawa para ulama’ yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam melakukan penyebaran Islam di berbagai negeri, semuanya mengikuti mazhab al-Asy`ari. Dalam data-data sejarah disebutkan, bahawa tersebarnya Islam di negeri-negeri Asia Tenggara yang meliputi Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina dan lain-lain dilakukan oleh ulama’-ulama’ sufi yang berasal dari Gujarat India, yang bermazhab al-Syafi`e dan mengikut ideologi al-Asy`ari. Demikian pula, penyebaran Islam di daerah-daerah pelusuk dan pendalaman di Benua Afrika, juga dilakukan oleh ulama’-ulama’ Sufi yang mengikut mazhab Maliki dan mengikut fahaman al-Asy`ari. 

Abdullah Nasihi Alwan (t.t.), Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam, (tt.t), juz 2. h. 857. 

MATAN AL-`AQIDAH AL-MURSYIDAH

Risalah aqidah ini sangat ringkas namun padat dan sarat dengan isi. Risalah ini menjelaskan aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dan membantah aqidah WAHHABI AL-MUJASSIMAH yang mengaku kononnya sebagai Salafi (pengikut ulama salaf) padahal sesungguhnya aqidah mereka bertentangan sama sekali dengan aqidah Salaf seperti yang termaktub dalam kitab-kitab ulama’ yang mu’tabar seperti Rasa-il al-Imam Abu Hanifah, al-Aqidah al-Thahawiyyah, Aqidah Abi al Qasim al Qusyairi dan lain-lain. Risalah ini juga mendapat pujian khusus daripada al-Hafiz al-'Ala-i (W. 761 H) lalu beliau menamakannya sebagai "Al-'Aqidah Al-Mursyidah". Ini telah dipersesetujui oleh al-Imam Tajuddin al-Subki, pengarang kitab Jam'u al-Jawami', Tobaqat al-Syafi'eyyah dan lain-lain bahkan beliau telah menghimpunkan aqidah ini seluruhnya dalam kitab Tobaqaatnya kemudian mengatakan : 
"Ini adalah akhir 'Aqidah tersebut dan isinya tidak ada yang bertentangan 
dengan keyakinan seorang Sunni ".

متن العقيدة المرشدة

اِعْلَمْ أَرْشَدَنَا اللهُ وَإِيَّاكَ أَنَّهُ يَجِبُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ أَنْ يَعْلَمَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَاحِدٌ فِيْ مُلْكِهِ،

Ketahuilah, semoga kita dan engkau diberi petunjuk oleh Allah. Sesungguhnya wajib ke atas setiap mukallaf agar mengetahui bahawasanya Allah ‘Azza Wajalla Maha Esa pada kekuasaanNya.

خَلَقَ الْعَالَمَ بِأَسْرِهِ الْعُلُوِّيَّ وَالسُّفْلِيَّ وَالْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ، وَالسَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا فِيْهِمَا وَمَا بَيْنَهُمَا.

Allah yang mencipta seluruh alam, baik alam atas mauhupun alam bawah, arsy, kursi, tujuh petala langit dan bumi serta segala apa yang berada di langit dan di bumi dan apa-apa yang berada di antara keduanya.

جَمِيْعُ الْخَلائِقِ مَقْهُوْرُوْنَ بِقُدْرَتِهِ، لا تَتَحَرَّكُ ذَرَّةٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، لَيْسَ مَعَهُ مُدَبِّرٌ فِي الْخَلْقِ وَلا شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ،

Semua mahluk tunduk pada kekuasaan-Nya, tidak bergerak satu zarah pun kecuali dengan kekuasaan-Nya, tiada yang bersama dengan-Nyasebagai pentadbir kepada makhluk dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasan.

حَيٌّ قيُّوْمٌ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ

Maha hidup, Maha kekal, tidak ditimpa rasa menngantuk dan tidur.

، عالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ، يَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا، وَلا حَبَّةٍ فِيْ ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلاَّ فِيْ كِتَابٍ مُبِيْنٍ.أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًا وَأَحْصَى كُلَّ شَىْءٍ عَدَدًا،

Maha mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, tidak tersembunyi dari-Nya segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi, Dia Maha mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, dan tidaklah gugur dedaun kecuali Dia mengetahuinya, dan tidak ada habbah (biji) dalam kegelapan bumi (perut bumi) sama ada yang basah mahu pun kering melainkan kesemua itu tercatat di dalam kitab yang nyata. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, dan Dia Maha mengetahui jumlah dan bilangan segala sesuatu

فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ، قَادِرٌ عَلَى مَا يَشَاءُ،

Maha melakukan apa yang dikehendaki, “Maha berkuasa apa yang diingini

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْغِنَى، وَلَهُ الْعِزُّ وَالْبَقَاءُ، وَلَهُ الْحُكْمُ وَالْقَضَاءُ، وَلَهُ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى،

Bagi-Nya kekuasaan, dan bagi-Nya kekayaan (tidak memerlukan kepada segala sesuatu)-, Bagi-Nya kekuatan dan bagi-Nya berkekalan Bagi-Nya ketetapan dan bagi-Nya Al Qadha Dan bagi-Nya al Asma' al Husna

لا دَافِعَ لِمَا قَضَى، وَلا مَانِعَ لِمَا أَعْطَى،

Tiada yang dapat menolak apa yang ditetapkan, tiada yang dapat menghalang apa yang diberikan 

يَفْعَلُ فِيْ مُلْكِهِ مَا يُرِيْدُ، وَيَحْكُمُ فِيْ خَلْقِهِ بِمَا يَشَاءُ.

Dia berbuat pada kerajaan-Nya apa yang dikehendaki, dan Dia menentukan pada makhluk-Nya apa yang dikehendaki.

لا يَرْجُوْ ثَوَابًا ولا يَخَافُ عِقَابًا، لَيْسَ عَلَيْهِ حَقٌّ يَلْزَمُهُ وَلا عَلَيْهِ حُكْمٌ،

Dia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut pada seksaan, Tidak ada sesuatu hak yang di ata-sNya, tidak ada hukum (aturan) ke atas-Nya. 

وَكُلُّ نِِعْمَةٍ مِنْهُ فَضْلٌ وَكُلُّ نِقْمَةٍ مِنْهُ عَدْلٌ، لا يُسْئَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُوْنَ.

Setiap nikmat dari-Nya adalah anugerah dan setiap nikmah (ujian/bala) adalah keadilan dari-Nya. Allah tidak ditanya tentang apa yang dilakukan bahkan merekalah (hamba-hambanya) yang akan ditanya (dipertanggungjawabkan)

مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْخَلْقِ، لَيْسَ لَهُ قَبْلٌ وَلا بَعْدٌ، وَلا فَوْقٌ وَلا تَحْتٌ، وَلا يَمِيْنٌ ولا شِمَالٌ، وَلا أَمَامٌ وَلا خَلْفٌ، وَلا كُلٌّ، وَلا بَعْضٌ،

Allah telah wujud sebelum terciptanya makhluk. Tiada bagi-Nya sebelum dan selepas, tidak berada di arah atas, bawah, kanan, kiri, depan mahupun belakang, Allah bukanlah keseluruhan dan bukan pula sebahagian

وَلا يُقَالُ مَتَى كَانَ وَلا أَيْنَ كَانَ وَلا كَيْفَ، كَانَ وَلا مَكَانٌ، كَوَّنَ الأَكْوَانَ وَدَبَّرَ الزَّمَانَ، لا يَتَقَيَّدُ بِالزَّمَانِ وَلا يَتَخَصَّصُ بِالْمَكَانِ،

tidak boleh dikatakan bila adanya Allah atau di mana tempatNya atau bagaimana keadaanya? DIA WUJUD TANPA BERTEMPAT, dia mencipta makhluk dan mengatur masa, TIDAK TERIKAT DENGAN MASA DAN TIDAK DITETAPKAN BAGI-NYA TEMPAT.

وَلا يُشْغِلُهُ شَأْنٌ عَنْ شَأْنٍ، وَلا يُلْحِقُهُ وَهْمٌ، وَلا يَكْتَنِفُهُ عَقْلٌ، وَلا يَتَخَصَّصُ بِالذِّهْنِ، وَلا يَتَمَثَّلُ فِي النَّفْسِ، وَلا يَتَصَوَّرُ فِي الْوَهْمِ، وَلا يَتَكيَّفُ فِي الْعَقْلِ، لا تَلْحَقُهُ الأَوْهَامُ وَالأَفْكَارُ، { لَيْسَ كَمِثلِهِ شَىءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْرُ } ا.هـ

Dia tidak disibukkan oleh satu urusan dari urusan-urusan yang lain. Dia tidak boleh digambarkan dengan bayangan, tidak terjangkau oleh akal, tidak boleh dibayangkan dalam hati, tidak boleh diserupakan dengan sesuatupun, dan tidak boleh diimaginasikan. Dia tidak boleh dibayangkan oleh akal, tidak terjangkau oleh sangkaan dan pemikiran kerana:“ Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya dan Dia Maha mendengar lagi Maha melihat ”.


.

PALING DIMINATI

Back To Top