Bismillahirrohmaanirrohiim

INSTITUSI PONDOK, WAJIB DIPERTAHANKAN

INSTITUSI PONDOK, WAJIB DIPERTAHANKAN

Pesan Al-Fadhil Tuan Guru Sidek Noor حفظه الله di dalam kuliahnya, (Mafhum daripada kalam Tuan Guru Sidek Noor حفظه الله di Masjid Tunku Puan Habsah, Padang Temusu, Sg. Petani, Kedah):

"Ulama' ni, dari zaman penjajah lagi, macam² fitnah yang dah dibuat untuk mengfitnah & memburuk-burukkan para Ulama' supaya masyarakat dapat dipisahkan daripada para Ulama, tapi semuanya tak berjaya.. Tapi zaman kita, bukan setakat penjajah yang kafir yang nak memisahkan masyarakat daripada para Ulama' tapi ada orang yang mengaku beragama Islam jugak yang berusaha untuk memisahkan masyarakat daripada para Ulama'..

Dalam Facebook, ketika Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din رحمه الله meninggal, macam² depa dok kata kat Tuan Guru, hairannya yang dok kata macam² kat Tuan Guru tuu orang² Islam belaka, bahkan orang² kafir pun menjadikan sebagai bahan gurauan di dalam media sosial.. Jenih laguni cukup² jahat.. Zaman dulu orang² kafir tak berani nak kacau para Ulama' kita, seteruk-teruk orang kafir sekalipun, depa langsung tak kacau sami² depa atau paderi² depa, tapi yang hairannya orang Melayu beragama Islam sendiri yang sanggup mengata macam² kat Ulama' kita..

Sekarang ni, kita menyaksikan penentangan cukup kuat terhadap Aqidah yang para Ulama' kita dok asuh dari zaman berzaman yakni Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, Asya'irah wal Maturidiyyah semakin hari semakin kuat tentangannya, dengan muncul fahaman² yang rosak aqidahnya seperti Wahabi, Syi'ah & Liberal.. Makin lama makin kuat tentangan depa, terutamanya fahaman Liberal yang paling teruk sebab depa ni boleh dikatakan takmau terikat langsung dengan hukum hakam ugama.. Yang laki nak jadi perempuan, hat yang perempuan nak jadi laki².. Nak jadi apa lepaih ni taktaulah, makin lama makin haru biru..

Baru² ni, ada seorang Penguasa Polis di Bukit Aman, saya dah lupa nama beliau, dia kata bahawa Pondok ni adalah BENTENG PERTAHANAN YANG PALING KUKUH daripada dicerobohi oleh mana² fahaman yang rosak.. Pondok ni, Wahabi tak boleh masuk, Syi'ah tak boleh masuk, bahkan Liberal pun tak boleh nak masuk.. Inilah kehebatan Institusi Pondok, tapi kat Universiti sekarang ni, ramai pensyarah hat yang Wahabi pun ada, hat yang Syi'ah pun ramai, bahkan hat yang Liberal lagilah ramai di Universiti..

Tapi kat Pondok, depa tak boleh nak korek masuk ke dalam.. Sebab Aqidah yang diajarkan di Pondok ni sangat kukuh hasil daripada pengajian Kitab² Turath yang dikarang oleh para 'Alim Ulama' yang terdahulu.. Bukan setakat di zaman kita saja Aqidah di Pondok sangat kukuh, bahkan masa zaman penjajah dahulu pun Aqidah orang² di Pondok tetap kukuh berpegang dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.. Jadi, sapa² yang ada anak, hantaqlah anak mengaji di Pondok, jangan bagi dia jadi liar dengan fahaman² yang cuba nak merosakkan Aqidah anak² muda kita sebab anak² muda generasi kita ni ada satu tanggungjawab yang sangat penting yakni tanggungjawab mempertahankan Aqidah ummat ini..

Cuba tengok di Kedah, berapa banyak Pondok yang ada di Kedah? Kita hala ke Baling, ada Pondok Hj. Syafi'e.. Kita hala ke Parit Panjang, ada Pondok Tuan Guru Hj. Awang Lanai حفظه الله.. Kita hala ke Kuala Ketil, ada Pondok Tembak.. Dekat Kg. Carok Salang, ada Pondok Zuhdiyyah, Tuan Guru Hj. Rifa'ie حفظه الله.. Dekat Sik, ada Pondok Ar-Rahmaniah, Almarhum Tuan Guru Hj. Salleh Musa رحمه الله.. Dan banyak lagi, kebanyakan anak² muda yang keluar daripada Pondok² ni, cukup kuat pegangan Aqidah depa.. Tapi kami di Perak, Pondok tak berapa nak ada, yang ada pun pondok durian, pondok polis & pondok telefon, hat ni yang belambak-lambak di Perak (seloroh Tuan Guru dalam nada bergurau)..

Jadi kita usaha untuk kembangkan lagi cara Pengajian di Pondok.. Kalau ada orang yang nak bukak Pondok, pakat² lah kita sokong & bantu habis-habisan supaya Aqidah ummat ini dapat dipelihara dengan adanya Tarbiyah di Pondok.. Tok² Guru dah sukat elok² dah bab Ilmu Tauhid untuk kita semua dengan mengarang Kitab² Tauhid seperti Kitab Matan Ummul Barahin, Kitab Bakuratul Amani, Kitab Faridatul Faraid, Kitab Misbahul Munir, Kitab Aqidatun Najin & banyak lagi untuk mempertahankan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.. Dan Guru² yang mengajaq kitab² ni, tolong bagi jadi kreatif sikit cara penyampaian supaya orang ramai boleh faham dengan elok, sesuai dengan suasana yang ada pada zaman ni.. Bukan tak boleh pakai cara lama, boleh, cuma kena guna jugak cara penyampaian yang baru sedikit supaya orang boleh nampak dengan jelas..

Contohnya, orang Jepun dulu² bila mai jajah tanah air kita, depa jumpak buah manggis, depa ambik sebijik kemudian dia tokak makan buah manggis tuu, dia kata, "Owww, ini buah tarak sedap wooo.." Dia kata buah manggis tuu tak sedap, nak sedap lagumana dia kedarah sekali dengan kulit.. Pastu mai seorang budak, dia tolong kopek (bukak) buah manggis tuu, dia kata kat orang Jepun tuu, "Bukan makan itu macam, tapi makan ini macam, baru sedap.." Pastu orang Jepun tuu ambik isi manggis & makan, kemudian dia kata, "Owwww manyak sedap wooooo..!!" Sedap pasaipa? Sedap sebab buah manggis tuu telah dikopek (dibukak)..

Jadi hat kita yang mengaji ni, kalau nak faham ilmu, nak rasa sedapnya isi ilmu, kena bagi para Ulama' tolong kopek (bukak) buah (ilmu) kat kita.. Ulama' ni ibarat "Tukang Kopek Buah" untuk kita, supaya kita dapat nampak isi & dapat rasa isi buah (ilmu) tuu.. Maka yang mengajaq Kitab² Tauhid, bagilah penjelasan & penyampaian yang munasabah supaya orang ramai boleh faham & boleh rasa ilmu yang diajarkan itu.."

InsyaAllah, moga bermanfaat..

#MajlisTaalimPPDHPP


.

PALING DIMINATI

Back To Top